BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Wednesday, March 23, 2011

SPM result.

23 Mac 2011 merupakan tanggal keramat yang telah dinanti nantikan oleh semua calon calon SPM 2010 kerana ia merupakan hari keputusan SPM akan diumumkan.

Semasa tiba di sekolah pagi ini tadi,rasa gementar menguasai diri. Rasa nak tercabut jantung. Dah sampai meja nak ambil result semua cikgu laju laju datang menghampiri. Belum lihat result dah kena ucap Congratulation, Makin berdebar rasa. Tambahan cikgu peluklah senyum senyumlah. Macam macam ada. Penolong Kanan sekolah datang lepas tu cakap jangan balik dulu. Ada sesi bergambar dengan wartawan. Mak aiii~ hati dah makin berdebar. Keputusan belum tahu dah macam macam benda nak kena buat. Plus, saya kena invite untuk Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang tahun ni. hihi. Jadi pelajar cemerlang SPM 2010. Bukan main happy lagi. Terkedek kedek aku menahan rasa nervous dan excited aku tadi. Result belum sampai tangan macam macam dah berita happy. Rasa nak menari pun ada. Peduli apa orang tengok. Saya pun berbaris nak ambil keputusan. Tunggu punya tunggu sampailah giliran saya. Dah tanda tangan apa semua saya pun ambil sijil-sijil and tengok keputusan saya. Punyalah terkejut. Saya dapat 6A 1B 2C 1D. Saya taklah letak harapan tinggi sangat. Cuma tak sangka akan dapat D. Sedihnya ada D. Sekurang kurangnya C ka. Kredit juga. Tapi tak apalah. Saya bersyukur dengan result saya sebab saya tak ada belajar pun waktu SPM. Yang D tu physisc. Ada masalah yang tak dapat dielakkan sebab tu dapat D. Yang paling menghairankan Add Maths dapat B. Woahh :O tak sangka pula. Hahaha. Tambah hairan lagi, saya yang kedua terbaik dalam sekolah. Waktu sekolah saya selalu nombor 4 atau 5 saja. Sekarang yang dapat anugerah Pelajar Terbaik tahun lepas jatuh. Hairan. Mungkin ada hikmahnya. Jangan suka menunjuk nunjuk kepandaian yang kita ada dan kedekut dengan ilmu. Tak baik.

Keputusan SPM :

Bahasa Melayu - A-  Bahasa Inggeris - A  Pendidikan Moral - A+  Sejarah - A-  Mathematics - A
Additional Mathematics - B+ PYSICS - D!  Chemistry - C+  Biology - C+  English for Science and Techonolgy - A-

Kesimpulannya, belajarlah sewaktu masih ada waktu. Hargailah masa yang ada. Jangan menyesal di kemudian hari :)

3 comments:

Nurfatiha binti Noor Azman said...

waaa..congrates chamen!!

Charmaine Garnette said...

thanks fatiha :D awak okay jugaaaa!

Anonymous said...

Congrates sis... Mmg GEMPAK giler result ow... Hehe... Trskan perjuangan di masa dpan... :)