BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Monday, September 13, 2010

MANUSIA TAK SEDAR DIRI

Semakin meningkat usia dunia ini semakin meningkat juga kadar jumlah manusia yang suka menyibuk hal orang lain. Hairann -.-' Jadi orang tu jangan suka jaga tepi kain orang lain. Hidup ini cukup singkat untuk dibazirkan dengan menjaga hal orang lain. Jangan suka inter-frame hidup orang lain kalau hidup sendiri tak terjaga. Jangan suka menunjuk nunjuk kita kuat dalam agama kerana orang yang suka menunjuk nunjuk itulah yang sebenarnya cetek dalam ilmu agama. Kalau rasa diri baik sangat fikir secara matang dan luas. Jangan fikir singkat sangat. Jangan suka menyalahkan orang lain. Lihat jugalah kelemahan dan kesalahan diri sendiri kerana tiada manusia yang sempurna begitu juga saya. Oleh itu, sebelum berkata kata fikir fikirlah dahulu butir bicaramu kerana ia mencerminkan keperibadianmu. Berkawanlah dengan orang dapat menjangka dan memahami isi hatimu kerana itulah teman sejatimu. Jauhkan diri dari orang yang ingin berkawan denganmu hanya kerana meninginkan sesuatu pulangan darimu kerana orang itu jugalah yang akan munusukmu dari belakang. Berwaspadalah! Rambut manusia memang sama hitam tetapi isi hati siapa yang tahu bukan?:)

0 comments: